Espresso.

https://meld.art.blog/

Advertisement

Dap sakit jiwa.

Mohon rakyat Malaysia sebarkan info ini seluas2nya!!!.

Siapakah yang masih percayakan DAP?

Terang-terang di depan mata kita DAP adalah perosak negara, yang masih menaruh harapan kepada DAP ketika ini hanyalah puak-puak PKR diketuai Anwar dan puak-puak PAN yang diketuai Mat Sabu.

Pada masa yang sama, ada satu puak Bunga yang diketuai Mahathir anak beranak pula, masih di dalam dilema, hilang punca seperti segumpal benang yang berserabut tenggelam punca untuk memilih sama ada mahu menyertai PH atau PN.

Manakala sebahagian besar bumiputera dan separuh non bumiputera mula serik setelah melihat dan merasa penangan 22 bulan PH menjadi kerajaan.

Lalu apa akan jadi kepada DAP sekarang? Mereka amat-amat kecewa dengan kegagalan PH yang tumbang sebelum sempat tiba separuh penggal pemerintahan. Hanya kerana tiba-tiba PM ke7 letak jawatan dan kuasa politik kembali dikuasai bumiputera islam dalam PN.

Ini menyebabkan DAP kecewa setelah perancangan licik mereka tersungkur ditengah jalan. Sebelum ini DAP cukup yakin dan bongkak dengan strategi sendiri, sebab itu DAP cuba memerintah negara dengan sifat angkuh sehingga berani ambil risiko menggadaikan segala aset negara dan sengaja menjatuhkan ekonomi negara demi kepentingan mereka sendiri.

Kerana mereka percaya dengan kesempatan mempergunakan peluang menyalahkan segala-galanya kepada DS Najib Razak yang dilambakkan pelbagai pertuduhan mahkamah walaupun tanpa bukti yang kukuh. Semua ini boleh menjadikan DAP dapat pertahankan kuasa sehingga berabad lamanya seperti mana yang berlaku di negara jiran.

Dalam masa yang sama DAP cuba mengubahsuai perlembagaan negara melalui ICERD dan Statute Rom tetapi kedua-dua ini berjaya digagalkan tetapi tetap tidak ambil iktibar kemarahan orang-orang melayu ketika itu.

DAP makin berani hingga melampaui batas mahu mengubah pemikiran orang-orang melayu dengan slogan Malaysia Baru yang mana hak kesaksamaan rakyat harus dipraktikkan.

Sebab itu DAP masih berani dan sengaja melebihi apa jua keuntungan kepada puak-puaknya sehingga mengabaikan dan menidakkan banyak kepentingan islam dan bumiputera. Ini untuk mempraktikkan hak sama rata sedangkan kedudukan orang-orang melayu dan bumiputera masih ketinggalan dalam pelbagai sudut terutama dari segi ekonomi.

DAP sengaja melakukan segala ini diawal pemerintahan dengan harapan akan U-turn 360 darjah ketika tiba masa hampir PRU15.

Iaitu menjelang kempen PRU15, DAP akan lambakan segala bantuan kepada islam bumiputera untuk beli jiwa dan cuba mencipta persepsi baru yang mereka sudah pulihkan ekonomi negara. Dengan ini DAP akan dianggap sebagai hero yang menyelamatkan Malaysia.

Tetapi perancangan licik ini gagal sebelum sempat menyempurnakan setengah penggal pemerintahan. Akibatnya DAP meninggalkan rekod terburuk dalam sejarah pemerintahan negara iaitu:

1. Ekonomi negara jatuh merudum, para pelabur lari meninggalkan negara secara besar-besaran.

2. Aset negara terutama aset bumiputera habis digadai dan dipindahkan.

3. Rizab dan kekayaan negara hampir habis dikikis.

4. Semua sektor GLC dan institusi bumiputera di bawah masuk puak-puak DAP sehingga Tabung Haji sendiri mencipta sejarah diletakkan akauntan bukan islam hingga memindahkan 19 bilion aset umat islam keluar dari Tabung Haji.

5. Meletakkan puak-puak DAP dalam portfolio perundangan hingga mereka boleh mencabul undang-undang mengikut kepentingan DAP sesuka hati, termasuk membebaskan kes rasuah Lim Guan Eng secara tergesa-gesa melalui pintu belakang.

6. Yang paling dahsyat DAP berani tipu rakyat dengan lancar tabung harapan memulihkan negara tetapi duit entah kemana, menipu Manifesto, menipu cara pemerintahan dan salah guna kuasa berluasa tanpa terkawal.

7. Semua portfolio penting kerajaan di masuk puak-puak DAP hinggalah portfolio agama dilantik menteri yang lebih mesra DAP dari islam.

Semua itu menyebabkan DAP dilabelkan sebagai perosak negara. Akhirnya DAP kecewa kerana kebodohan mereka sendiri.

Sedangkan ketika menang PRU14 mereka hampir-hampir diangkat sebagai hero negara. Ini akan menjadi realiti jika DAP berjaya memonopoli perundangan negara dengan menjadi DSN bersalah dalam semua pertuduhan walaupun tanpa bukti kukuh.

Sekarang DAP terjerat dengan agenda jahatnya sendiri. DAP sendiri bunuh jenama DAP yang gah sebelum PRU14, setelah ambil risiko bekerjasama dengan Mahathir.

Sekarang DAP amat terdesak untuk memulihkan imej DAP dengan mencipta propaganda menjatuhkan kerajaan PN. DAP masih menggunakan kaedah yang sama seperti mana mereka menjatuhkan DS Najib.

Persoalannya adakah rakyat akan terjun ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya?

Fikir2kan…

Lepas baca…
COPY N PASTE & MOHON
Sebar2kn seluasnya…

Sejarah Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur dalam sejarah….dulu semasa atok bersekolah cikgu ajarkan Kuala Lumpur itu dibuka oleh Yap Ah Loy. Sekarang bila dah tua baru dapat tau rupanya orang Melayu yang mula2 buka Kuala Lumpur….sama2 kita baca….

Kampung Haji Abdullah Hukum asalanya merupakan penempatan awal masyarakat Melayu Bumiputera di Kuala Lumpur. Kampung ini mengikut sejarah telah wujud sejak 200 tahun yang lalu.

Kampung ini mendapat nama sempena Haji Abdullah Hukum, yang asalnya bernama Muhammad Rukun. Beliau tiba di Semenanjung Tanah Melayu ketika umurnya 15 tahun bersama ayahnya pada kurun ke-19. Beliau bekerja sebagai petani dan kontraktor binaan sebelum beliau membuka tanah perkampungan ini. Pembukaan tanah telah mendapat perkenan dari Raja Laut, iaitu Raja Muda Selangor ketika itu.

Abdullah kemudian dipilih oleh Raja Laut untuk menjadi Mudir (Pengetua) di sebuah Masjid di Pudu. Beliau juga mendapat perkenan untuk memulakan taman jagaan botani di Bukit Nanas dan beliau juga membuka kampung di Sungai Putih (kini Jalan Bangsar). Selepas bersara, beliau kembali menetap di perkampungan di Sungai Putih yang kini dikenali sebagai Kampung Haji Abdullah Hukum.

SEJARAH MELAYU YANG PERLU ANDA TAHU

Abdullah Hukum @ ‘Datuk Dagang diAnjuk’ Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur

Tahukah anda siapa tokoh besar yang telah menyumbang kepada kepesatan Kuala Lumpur pada abad ke-19 dahulu? Tokoh yang disebut-sebut tidak lain dan tidak bukan Al-Marhum Haji Abdullah Hukum/Rukun, seorang pedagang dari Kerinchi, Sumatera.

Nama sebenar beliau Abdullah Rukun. Beliau yang ketika itu berusia 15 tahun telah berhijrah bersama rakan-rakannya yang lain ke Melaka sebelum tiba Kuala Lumpur dengan hanya berjalan kaki selama 3 hari 3 malam. Sepanjang perjalanan, banyak tempat dan pengalaman yang beliau tempuhi. Beliau menumpang di rumah Haji Abdul Ghani di Java Street, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ketika itu tidak sama seperti mana Kuala Lumpur yang kita kenal pada hari ini. Ianya hanya mempunyai 2 lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street, manakala Ampang Street (kini Lebuh Ampang) sebelumnya adalah tempat ceti beroperasi dan terdapat sebuah kolam ikan milik Almarhum Sutan Puasa.

Kalau dilihat rumah kedai ketika itu berbumbungkan atap bertam berdindingkan buluh. Semua peniaganya orang Melayu Rawa dan Mandailing yang kebanyakannya menjual kain dan makanan. Sutan Puasa dan Raja Bilah adalah antara ketua masyarakat berpengaruh ketika itu. Mereka mengutip hasil dagang daripada peniaga yang melalui Sungai Klang dan Sungai Gombak. Cukai timah ketika itu sebanyak seringgit sebahara (3 pikul).

Setapak dan Gombak dahulu adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membina tali air selama 3 tahun di Segambut(kini Batu Lima Gombak). Setiap orang boleh ketika itu boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan 10 gantang padi daripada setiap 100 gantang. Justeru itu beliau disenangi penduduk tempatan.

Abdullah Hukum pernah menghadap Raja Laut, iaitu Putera Raja Muhammad, kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampong baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu (sekarang kawasan Bukit Bintang) dan menjadi ketua penduduk di situ. Ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di situ.

Di tempat baru, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, pisang, sirih, tebu dan sawah padi. Beliau berkhidmat sebagai kietua kampong selama 7 tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah untuk membawa beras dengan perahu dari Sungai Klang ke Kuala Lumpur dan memperoleh pendapatan lumayan sebanyak 40 ringgit sekoyan guni beras.

Setelah kawasan Pudu dibuka, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud, iaitu Putera Sultan Mahmud, untuk membuka kebun di Bukit Nanas. Di samping itu, beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Raja Laut dan Maxwell untuk membuka Sungai Putih (kini kawasan Jalan Bangsar).

Ketika mendiami Sungai Putih, beliau membuka Bukit Candi Putra, iaitu Bukit Putera sekarang, yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi. Dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang, Abdullah Hukum dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu di Sungai Putih dan lantaran itu, beliau menghentikan penternakan kerbaunya disebabkan peningkatan bebanan tugas.

Semasa beliau menjadi Penghulu, Abdullah Hukum cuba menyatupadukan 3 kaum utama di situ: Melayu, Cina dan India. Atas kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai Jalan Bangsa bersempena penyatuan ketiga-tiga kaum. Nama Bangsa kemudiannya ditukar kepada Bangsar.

Tatkala meletusnya perang antara Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad meminta Abdullah Hukum untuk membantu menentang musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Bandar ketika itu sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Abdullah Hukum, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Abdullah hukum dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Abdullah Hukum menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Ceritakanlah kepada anak-anak, rakan-rakan kalian akan kisah ini. Janganlah nama Melayu ini ditelan oleh Kapitan Yap Ah Loy seperti yang ditulis oleh penjajah yang akhirnya menjadi teks sejarah di sekolah. Ramai menyangka Yap Ah Loy sebagai orang terawal dan pengasas Kuaala Lumpur sedangkan beliau hanya seorang kapitan ketiga yang dilantik dan disokong oleh tokoh pengasas dan pembesar dari kali kalangan orang melayu untuk mengetuai perlombongan bijih timah.

Al-Fatihah (Dibaca)
Al-Marhum Haji Abdullah Hukum
Tokoh Kemajuan Kuala Lumpur